Lebih 5,000 orang serbu gerai Jualan Rahmah sempena pelancaran bulan kebangsaan

Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH – Setakat jam 5 petang tadi, lebih 5,000 orang menyerbu beberapa reruai Jualan Rahmah yang menawarkan ‘harga runtuh’ sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 yang bermula hari ini dan berakhir esok.
Pelbagai barangan keperluan harian, penjagaan diri dan kebersihan rumah dijual pada jualan yang diadakan di Bulatan Sultan Azlan Shah, di Bandar Meru Raya.
#PerakKini #JualanRahmah #PelancaranBulan KebangsaandanKibarJalurGemilang 2023 #RBZ
