Majlis angkat sumpah 222 Ahli Parlimen diketuai PM

Foto: Jabatan Penerangan Malaysia
Oleh Rosdalilah Zahari
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli parlimen Tambun mengetuai majlis angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Isnin.
Seramai 222 Ahli Parlimen dipilih sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada bulan lalu.
Majlis angkat sumpah yang bermula jam 10 pagi itu dimulakan dengan Ahli Parlimen kerajaan barisan menteri dan timbalan menteri diikuti Ahli Parlimen dari blok pembangkang yang didahului dengan Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul pula dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat.
#PerakKini #DewanRakyat #Parlimen #angkatsumpah #Malaysia
