MAJLIS MAKAN MALAM PERTUBUHAN AMAL SATU UMAT SEJAGAT PERAK (PASUS) DISAMBUT MERIAH
IPOH, 14 JULAI – Penaung Amal Satu Umat Sejagat Perak (PASUS), Shukor Selamat Mohamad Zain hadir merasmikan majlis makan malam bertempat di Dewan Banquet Carsem pada malam kelmarin dengan dihadiri hampir 300 ahli pertubuhan.
Menurut Penaung PASUS, pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 2019 dan ianya salah satu NGO didalam negeri Perak.
Objektif utama pertubuhan ini adalah mengadakan program serta aktiviti kerja amal yang berunsurkan pendidikan bagi melahirkan generasi yang berkualiti serta dapat menyumbang kearah kemajuan negeri Perak.
” Majlis malam ini julung kali diadakan setelah 5 tahun penubuhan PASUS. Selain itu juga pelbagai aktiviti dilakukan seperti program membantu orang yang tiada kemampuan, gelandangan dan juga membantu membersihkan kediaman ketika musim banjir. Didalam pertubuhan ini juga terdapat pelbagai bangsa terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India yang turut serta menyertai PASUS”, ujar beliau kepada pemberita.
Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada ‘Arjuna Band’ yang menghiburkan tetamu serta persembahan silat, cabutan bertuah dan penyampaian sijil kepada ahli pertubuhan.
Disediakan oleh Azizi Latif