PELAKSANAAN KUTIPAN TOL LEBUHRAYA WCE SEKSYEN 11 ( TAIPING SELATAN – TRONG – BERUAS) PADA 24 JULAI 2024.
TAIPING, 19 JULAI – Lebuhraya Persisiran Pantai Barat atau West Coast Expressway (WCE) adalah projek lebuhraya utama di Malaysia sepanjang 233 kilometer dari Banting, Selangor hingga ke Taiping Selatan (Changkat Jering), Perak.
Pada hari ini WCE telah mengumumkan bahawa Jajaran Seksyen 11 (Taiping Selatan – Trong – Beruas) akan melaksanakan kutipan tol bermula jam 12.01 tengah malam pada 24 Julai 2024.
Jajaran sepanjang 35.5 kilometer ini telah beroperasi secara percuma sejak ia dirasmikan pada 12 Mac 2024 oleh Menteri Kerja Raya.
Kutipan tol Seksyen 11 ini akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch ‘N Go, Smart Tag dan RFID.
Pengguna lebuhraya dinasihatkan untuk memastikan baki e-wallet dan kad Touch ‘N Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa melalui plaza tol.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web WCE, aplikasi WCE App, emel info@wce.com.my atau menghubungi WCE Infoline di 1700-81-6600.
Disediakan oleh Azizi Latif