MAJLIS PELANCARAN PERSATUAN BURUNG KAKAK TUA NEGERI PERAK.
IPOH – Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, EXCO Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, YB Loh Sze Yee hadir merasmikan Persatuan Burung Kakak Tua Perak bertempat di Polo Iskandar Club, Tambun pada pagi ini.
Turut mengiringi beliau adalah Penaung Persatuan Burung Kakak Tua Perak (PBKTP) Tuan Rozamir Zulkifli, Wakil Pengarah Perhilitan Negeri Perak, Mohamad Faiq Musa, Wakil Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nur Zahra Zokronain, Wakil Pengarah Veterinar Negeri Perak, Dr Rohaiza dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, Ahmad Azam Shah.
Menurut Penaung Persatuan Burung Kakak Tua Perak, Tuan Rozamir Zulkifli berkata matlamat utama PBKTP ditubuhkan adalah sebagai platform kepada pencinta burung kakak tua di negeri Perak khususnya dan juga diseluruh Malaysia yang kini telah dianggotai seramai 150 ahli berdaftar secara sah.
“Kami berharap PBKTP dapat melaksanakan festival” We fly” dilaksanakan disini sempena Tahun Melawat Perak 2024 dan PBKTP juga memberi peluang kepada pencinta spesis burung lain seperti gagak dan merpati yang dibenarkan oleh Jabatan Perhilitan serta Jabatan Veterinar”, ujar beliau kepada pemberita.