MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE-67 DAN HARI MALAYSIA KALI KE-61 SERTA BACAAN YASIN PERINGKAT MUKIM HULU KINTA(CHEMOR)

CHEMOR, 29 OGOS – Pegawai Daerah Kinta, Zulhisham Ahmad Shukori hadir merasmikan pelancaran Bulan Kemerdekaan kali ke-67 dan Hari Malaysia kali ke-61 serta bacaan yasin bertempat di Pejabat Penghulu Mukim Hulu Kinta, Chemor pada Khamis ini.

 

Pegawai Daerah Kinta turut diiringi oleh Penolong Pegawai Daerah (Masyarakat), Azreen Zaifizatul Alia Anuar, Pegawai Penerangan Daerah Kinta, Nurul Azirah Mohd Yunus, Penghulu Besar Negeri Perak, Dr Mohd Sani Kamarudin, Penghulu Tertinggi Daerah Kinta, Nor Shamsul Mustafa Kamal, Penghulu Kanan Mukim Hulu Kinta (Chemor), Azhari Saad, Penghulu Mukim Hulu Kinta (Chemor), Ashraf Ali Anvar Deen serta Penghulu Mukim Sungai Terap, Ahmad Baharul Shahrudin.

 

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut adalah Pengerusi JPKK Mukim Hulu Kinta (Chemor), Pengerusi KRT, Pengerusi Masjid dan Surau serta ahli jawatankuasa JPKK yang turut sama hadir pada majlis tersebut.

 

‘Malaysia Madani : Jiwa Merdeka’, telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September 2024.

 

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 merupakan acara tahunan yang diadakan setiap tahun bagi memperingati sejarah serta pencapaian Negara sejak merdeka dan pembentukan Malaysia.

 

Sambutan ini juga berupaya memperkukuhkan identiti kebangsaan Malaysia untuk menghargai kepelbagaian budaya, agama dan etnik yang menjadi kebanggaan negara.

 

 

Disediakan oleh Azizi Latif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *