SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2024

31 Ogos 2024, Ipoh: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 peringkat negeri bertempat di perkarangan Dewan Bandaran Ipoh pada hari Sabtu.

 

Keberangkatan baginda turut diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Kecil Besar Perak, Raja Datuk Seri Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya.

 

Turut berangkat Raja Muda Perak Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah, Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim dan Raja Kecil Sulong Perak, Raja Datuk Seri Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman Shah.

 

Baginda diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Seri Aezer Zubin dan barisan exco kerajaan negeri.

 

Perarakan daripada pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta mewarnai Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan bertemakan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka”.

 

Persembahan koir gabungan dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Ave Maria Convent dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sam Tet Ipoh menambahkan lagi seri dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Madani Jiwa Merdeka, Tanggal 31 dan Jalur Gemilang.

 

Perarakan perbarisan kali ini disertai sebanyak 71 kontinjen dengan kekuatan lebih 6,000 peserta yang terdiri pelbagai agensi dan kerajaan tempatan, pasukan beruniform, universiti awam, badan berkanun dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini.

 

 

Disediakan oleh Azizi Latif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *