HAMPIR 3,000 ORANG HADIRI RUMAH TERBUKA CIKGU DIN.

Parit – Hampir 3,000 orang pengunjung hadiri rumah terbuka Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, Khairudin Abu Hanopah di Dewan Terbuka Ngah Sagor, Parit.

 

Pelbagai juadah telah disediakan seperti lemang, rendang , nasi impit, laksa, apam balik dan kuih-kuih tradisional.

 

Majlis yang bermula seawal jam 3 petang telah dihadiri oleh penduduk tempatan dan pengunjung dari luar kawasan Parit.

 

Sambutan meriah ini turut menyaksikan kehadiran anak muda dari pelbagai platform dan organisasi belia seperti ahli Majlis Belia Negeri, ahli Dewan Belia Negeri dan pertubuhan NGO.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *