MBI minta projek loji rawatan kumbahan disiapkan segera

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Struktur bawah tanah yang mempunyai batu antara punca projek loji rawatan kumbahan serantau dan rangkaian paip pembentungan di sekitar bandar raya ini mengambil masa yang panjang untuk siap sepenuhnya.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata setakat ini beliau dimaklumkan oleh kerajaan pusat bahawa projek berkenaan dijangka siap pada Jun 2023. Bagaimanapun, Rumaizi telah meminta pihak kontraktor yang mengendalikan projek iaitu Syarikat Mangkubumi Sdn Bhd untuk menyiapkan segera projek berkenaan pada pertengahan tahun hadapan.

“Kita memang minta untuk mereka segerakan dan kalau boleh awal setahun sampai 30 Jun 2022, tetapi ia masih lagi dalam perundingan.

“Pada masa ini, saya turut mempengerusikan Mesyuarat bagi pemantauan projek itu setiap bulan supaya ia dapat diselesaikan dengan segera,” katanya.

Sekitar pelancaran perolehan kenderaan operasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di hadapan Dewan Mesyuarat MBI, pada Jumaat.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud ketika menyampaikan replika kunci pada pelancaran perolehan kenderaan operasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di hadapan Dewan Mesyuarat MBI, pada Jumaat.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud ketika melancarkan perolehan kenderaan operasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di hadapan Dewan Mesyuarat MBI, pada Jumaat.
Sekitar pelancaran perolehan kenderaan operasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di hadapan Dewan Mesyuarat MBI, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan perolehan kenderaan operasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di hadapan Dewan Mesyuarat MBI, pada Jumaat.
Hadir sama Ketua-Ketua Whip Ahli Majlis MBI iaitu Datuk Mazlan Abd Rahman, Abu Bakar Hussian dan Mahader Ahmad Mohammad.

Sebelum ini, masalah berkenaan menjadi isu hangat di media sosial kerana pengguna jalan raya tidak berpuas hati di atas tempoh masa yang diambil bagi menyiapkan projek terbabit.
Projek itu juga turut menyebabkan kerosakan pada jalan dan kesesakan lalu lintas terutamanya ketika waktu puncak.

Dalam perkembangan lain, Rumaizi memaklumkan MBI memperuntukkan RM12 juta bagi pembelian 57 unit kenderaan operasi dan jentera pelbagai jenis bagi memastikan perkhidmatan perbandaran dapat dilaksanakan pada tahap optimum sekali gus menjadikan Ipoh, Bersih, Hijau dan Maju.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *