MPT BERSATU sebulat suara tolak peletakan jawatan Muhyiddin

Foto Facebook BERSATU
Oleh Rosdalilah Zahari
MESYUARAT Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) malam tadi mencapai kata sepakat menolak peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Parti itu.
Perkara itu diumumkan melalui satu kenyataan media oleh Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Menurutnya, MPT menegaskan bahawa pertuduhan ke atas Muhyiddin dibuat atas jawatan beliau sebagai Presiden BERSATU bukan pertuduhan atas kapasiti peribadi.
“Sehubungan itu, MPT memohon semua ahli dan penyokong bersabar dan bertenang dalam menghadapi ujian yang besar terhadap Presiden dan Parti BERSATU dengan fitnah dan kezaliman,” katanya.
Mesyuarat Khas MPT BERSATU yang berlangsung malam tadi dipengerusikan Muhyiddin.
Sementara itu, Hamzah turut mengucapkan tahniah kepada sayap baharu Srikandi Muda yang berjaya menganjurkan konvensyen pertama mereka pada Sabtu.
Katanya, mesyuarat MPT BERSATU sudah menerima laporan sayap Srikandi dan Armada yang selesai mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) mereka.
#PerakKini #BERSATU #TanSriMuhyiddinYassin #RBZ
