NAIK HARGA TELUR AYAM KENA KOMPAUN
Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
PARIT BUNTAR– Tindakan sebuah premis runcit menjual telur ayam gred A melebihi harga kawalan, mengundang padah apabila dikenakan kompoun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Parit Buntar,
Ketuanya, Mat Jidin Hassan, berkata bertindak atas aduan, pihaknya segera membuat pemeriksaan di premis berkenaan sekitar jam 11. 00 pagi tadi.
Menurutnya pemeriksaan pihaknya mendapati premis itu menjual telur ayam Gred A pada harga RM 0. 45 sebiji berbanding harga kawalan RM 0.40 sen sebiji.
” Tindakan telah diambil dan pemilik premis beruisa 40-an telah dikenakan kompoun serta merta sebanyak RM 2,500.
” Kompoun itu dikeluarkam berikutan pemilik premis berkenaan gagal mematuhi dan melanggar Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011, “katanya dihubungi media.
Menurutnya lagi, dalam perkembangan lain bermula 20 Mei sehingga semalam, KPDNHEP Parit Buntar, Perak telah membuat pemeriksaan terhadap 221 premis perniagaan di peringkat borong dan runcit sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2020.
Tambahnya pihaknya sentiasa mengingatkan peniaga supaya lebih beretika atau tindakan tegas akan diambil sekiranya gagal mematuhi semua undang-undang di bawah Akta yang dikuatkuasakan oleh KPDNHEP.