80 BUBU NAGA DIRAMPAS

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

PARIT BUNTAR– Sebanyak 80 unit bubu naga yang dipasang di Perairan Tanjung Piandang, di rampas Jabatan Perikanan Daerah Kerian, semalam.

Ketua Pangkalan Cawangan Perlindungan Sumber Perikanan Kuala Kurau, Nazri Mohd Noh, berkata pihaknya melalui Unit Pengurusan Sumber, yang mendapat maklumat berhubung penggunaan alat menangkap ikan itu, telah melakukan rondaan diperairan terbabit bermula jam 9.00 hingga 12. 00 tengah malam semalam bersama enam anggota.

Menurutnya rondaan pertama yang dibuat pada kedudukan 0.8 batu nautika dari pantai perairan itu telah menemukan 20 unit bubu dipasang pada kayu pancang dan ditanda dengan pelampung.

” Seterusnya rondaan di tiga lagi kawasan di kedudukan sama, pihak kami menemukan 60 unit bubu naga.

” Kesemua bubu naga yang dirampas telah dibawa ke jeti pangkalan untuk tindakan lanjut, “katanya dihubungi media.

Menurutnya lagi kesemua bubu naga itu telaj disita dan kes disiasat dibawah Seksyen 11 (3)(C) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *