Panjut Kg. Ulu Ribu berkonsepkan senibina Masjid Seri Sendayan tarik ribuan pengunjung

KUALA KANGSAR – Berkonsepkan senibina Masjid Seri Sendayan, ahli Persatuan Panjut Kg.Ribu mengorak langkah menjadikan replika masjid tersebut sebagai model panjut bagi tahun 2024.

 

Bagi Pengerusi Persatuan Penggemar Panjut Kg. Ribu,  Amiruddin Mohd Lazim, sebanyak hampir 2000 pelita panjut digunakan bagi menghasilkan replika Masjid Seri Sendayan dengan kos minyak diesel sebanyak RM 600 semalam.

Menurutnya sudah hampir 10 tahun mereka melibatkan diri dalam pembinaan panjut dan bagi menyiapkan replika Masjid Seri Sendayan mereka telah bermula seawal bulan Februari dan memulakan pembinaan replika selepas solat terawih dan melibatkan sebanyak 300 batang buluh.

 

Ekoran sambutan luar dugaan, kesesakan lalu lintas telah berlaku sejauh 5kilometer dan menyukarkan pengunjung untuk bergerak masuk

 

Keluasan binaan replika masjid tersebut adalah 9m tinggi x 15m lebar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *