PELITUP MUKA DARI KULIT UNTUK WANITA BERTUDUNG

Oleh Intan Efazila Md Yusop

MUALLIM: Walaupun hasil ciptaan seorang pengawal keselamatan nampak seolah kecil, namun mampu memberi manafaat kepada jutaan golongan wanita terutama yang bertudung ketika memakai pelitup muka, dekat sini.

Nor Aznanzul Abd Rahim,49, mencipta alat penyambung pelitup muka terutama bagi pelitup muka yang menggunakan tali bergetah bagi memudahkan wanita bertudung ketika menggunakan pelitup muka di tempat kerja atau tempat awam.

Katanya, idea untuk menghasilkan alat penyambung timbul apabila isterinya, Juraiwati Mat Nayan, 38, yang berkerja sebagai jururawat dan bertudung sering mengadu kerana  sukar untuk memakainya ketika berkerja.

” Pelitup muka yang bertali getah, jika dipakai terlalu lama pada telinga juga menyebabkan telinga menjadi sakit dan mulai saat itu, timbul idea untuk mencipta alat sokongan pelitup muka itu.

” Peringkat awal, saya hanya membuat tiga alat penyambung pelitup muka dengan menggunakan kepingan kulit, butang besar terpakai dan benang lilin bagi menjadi kulit terbabit,” katanya ketika ditemui di salah sebuah sekolah, dekat Muallim.

Pengawal keselamatan, Nor Aznanzul Abd Rahim menunjukkan alat penyambung pelitup muka yang cipta bagi memudahkan golongan wanita terutama wanita bertudung memakai pelitup muka.

 

Nor Aznanzul Abd Rahim menunjukkan cara menggunakan alat penyambung pelitup muka.

Katanya, setelah siap alat penyambung lalu beliau memberikan kepada isterinya satu dan dua lagi kepada kakitangan sekolah untuk digunakan ketika menggunakan pelitup muka terutama ketika berkerja.

Beliau berkata, bermula saat itu beliau tidak menyangka ramai pula rakan isterinya dan kakitangan sekolah berminat kerana alat penyambung itu memudahkan mereka menggunakan pelitup muka.

” Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu dan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kira-kira 300 alat penyambung berjaya dihasilkan ketika masa lapang di rumah.

” Alat penyambung itu hanya dijual dengan RM5.00 sahaja kepada golongan wanita atau lelaki yang berminat ketika menggunakan pelitup muka,” katanya.

Katanya, idea menghasilkan ciptaan alat penyambung itu, sedikit sebanyak dapat menambah pendapatan beliau sekeluarga dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *