PEMINAT FESYEN SERBU GONDOLA31, LEBIH 70 JENAMA TERKENAL

IPOH – Butik vendor terbesar di negeri Perak, Gondola31 bakal menginjak usia lima tahun penubuhannya pada 8 November 2020.

Justeru, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia pihak Gondola31 mengadakan kempen jualan bertemakan ‘5 Years Gondola31, We Still Here’ bermula pada 23 Oktober 2020 hingga 8 November depan.

Menurut Pengasas Butik Gondola31, Nizam Baharudin sepanjang kempen jualan berlangsung pelanggan berpeluang menikmati tiga keistimewaan utama.

“Pertama, selain menawarkan potongan harga produk hingga 70 peratus, pelangggan juga bakal membawa pulang pelbagai hadiah dengan setiap pembelian RM10 dan ke atas.

“Hadiah-hadiah yang ditawarkan pula adalah bergantung pada jumlah pembelian. Ini bermakna, semakin tinggi pelanggan berbelanja, maka semakin lumayan hadiah diperoleh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Nizam, bagi menyuntik pengalaman beli-belah lebih menyeronokkan pelanggan yang berbelanja minima RM150 dan ke atas secara automatik berpeluang menyertai segmen Cabutan Bertuah Gondola31.

Gondola31 berusia 5 tahun
Menyorot pembukaan butik Gondola31 di Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak, ia diasaskan oleh dua anak jati kelahiran negeri Perak iaitu Nizam Baharudin dan rakan kongsinya, Norazura Posdzi yang mana masing-masing berusia 36 tahun.

Nizam Baharudin, pengasas Gondola31
Peminat dunia fesyen serbu tawaran menarik di Gondola31
Terdapat lebih 70 jenama terkenal di Gondola31

Penubuhan Gondola31 adalah untuk memberi peluang kepada warga Perak dan sekitar Wilayah Utara membeli koleksi pakaian wanita dan lelaki, tudung, telekung,
beg, kasut, aksesori, wangian dan kosmetik jenama popular tempatan di bawah satu bumbung.

“Ini kerana seperti yang kita sedia maklum kebanyakan butik jenama tempatan beroperasi di sekitar Lembah Klang, Shah Alam, Selangor dan Bangi, Selangor. Disebabkan itu, kami ‘membawa’ kumpulan vendor ke Gondola31.

“Justeru, butik setinggi dua tingkat ini bagaikan syurga beli-belah buat golongan wanita, lelaki, kanak-kanak dan seisi keluarga yang ingin mendapatkan variasi fesyen dari hujung rambut hingga hujung kaki dalam rekaan terkini,” ujar Nizam lanjut.

Terdapat lebih daripada 70 jenama fesyen tempatan popular dan eksklusif ditawarkan di Gondola31 dari seluruh negeri.

Antaranya ialah produk jenama Jannahnoe, HerBintWahab, KeHati, ByRaa dan Marshmallow Scarf.

Ini termasuklah, label fesyen Cotton Metaphore, Naelofar, Madre, Chenta Qaseh, Bokitta, FOR Factory Outlet,
Redaudra, Lisaadam dan banyak lagi.

Bertambah istimewa, selain produk fesyen butik Gondola31 juga menawarkan ‘Snacklicious Corner’.

Ruang yang beroperasi di aras satu butik itu menempatkan lebih 32 variasi snek lazat keluaran 12 usahawan kecil dan sederhana (IKS) tempatan khususnya di sekitar negeri Perak.

*Signatur kayu palet*
Menyentuh mengenai konsep dan signatur dekorasi Gondola31 penggunaan kayu palet atau pinewood diterapkan di segenap ruang butik.

Konsep ini menjadi pilihan kerana ia membantu menyuntik mood selesa kepada pengunjung yang datang membeli-belah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Selain itu, bagi memudahkan para pelanggan mencari koleksi fesyen pilihan maka di setiap rak atau railing item dipaparkan nama jenama dan label.

Penyusunan item yang mengikut kategori juga menambah nilai persekitaran butik yang kondusif buat para pelanggan.

Gondola31 juga menyediakan bilik persalinan di aras bawah dan atas termasuklah, surau dan sofa di ruang menunggu.

Kepada pelanggan yang ingin mendapatkan kepastian dari saiz, warna dan material untuk item yang dikehendaki, barisan staf Gondola31 sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Para pelanggan disarankan supaya tidak menunggu saat akhir kempen kerana bimbang item fesyen jenama kegemaran kehabisan stok.

Dalam pada itu, berikutan promosi jualan berlangsung dikala pandemik Covid-19, maka pihak Gondola31 amat menitikberatkan aspek SOP mengikut saranan kerajaan.

Selain mengimbas suhu, para pelanggan juga diwajibkan sentiasa memakai pelitup muka untuk keselamatan bersama.

==============
*Info Gondola31*
*Lokasi:*
Butik Gondola31
Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak

*Tel: ‪012-913 1003‬*
Emel: ‪info.gondola31@gmail.com‬
Instagram: @gondola.31
Facebook: gondola31boutique‬

*Masa operasi:*
11 ‪pagi hingga ‬8 malam (setiap hari)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *