Pemuda Pas Kampar bantah penganjuran Pesta Songkran di Sahom

Oleh Rosdalilah Zahari

KAMPAR – Dewan Pemuda Pas Kampar (DPPK) membantah sekeras-kerasnya penganjuran Pesta Songkran yang dijadualkan akan berlangsung pada 26 dan 27 Ogos di Sahom, dekat sini.

Ketua Pemudanya, Saiful Islam Abdul Rahman berkata hebahan secara terbuka kepada masyarakat untuk menghadiri pesta tersebut mengundang kemarahan dan keresahan penduduk setempat.

Menurutnya, penganjuran pesta itu terdapat unsur-unsur adat keagamaan Buddha yang bercanggah dengan agama Islam.

“Justeru, kami meminta supaya masyarakat yang beragama Islam tidak terlibat dan mengelakkan diri daripada menyertai pesta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, daerah Kampar khususnya Sahom bukan kawasan majoriti masyarakat Siam.

“Jadi, kami menyeru kepada pihak penganjur supaya membatalkan pesta tersebut dengan menggantikan program atau aktiviti bersesuaian yang tidak bercanggah dengan syariat Islam dan norma masyarakat,” katanya.

#PerakKini #Pas #Kampar #PestaSongkran #batal #RBZ

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *