Permohonan masuk BN: PBM akur apa jua keputusan

Zuraida (dua kiri) ketika hadir pada Program Jelajah Jom Reset IBM di DUN Buntong, pada Sabtu.

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Parti Bangsa Malaysia (PBM) sedia terima apa jua keputusan Barisan Nasional (BN) berhubung permohonan mereka untuk menyertai parti berkenaan.

Presiden Penggantinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata keputusan permohonan PBM untuk menyertai BN akan dibincangkan terlebih dulu dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dijadual diadakan pada Isnin depan.

“Saya sudah buat permohonan dan dikhabarkan BN akan bermesyuarat Isnin ini. Selepas itu baru kita akan tahu beritanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri Program Jelajah Jom Reset IBM dan merasmikan Pejabat PBM Perak di Pejabat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PBM Negeri Perak, Jalan Lim Bo Seng di sini, pada Sabtu.

Zuraida berkata demikian bagi mengulas perkembangan terkini berhubung status permohonan PBM untuk menyertai BN yang dikemukakan hampir sebulan lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata jika permohonan menyertai BN ditolak PBM tetap meneruskan perjuangan mereka kerana ia adalah sebuah parti yang mempunyai semangat tinggi.

“Kita, PBM mempunyai semangat yang tinggi kerana saya lihat dari pengalaman, kita boleh harungi, InsyaALLAH,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan PBM telah menghantar permohonan untuk menyertai BN tiga bagi membentuk sebuah gabungan parti baharu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

#PerakKini #PBM #BN #gabung #PRU15 #Ipoh #Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *