PERUNTUKAN SEBANYAK RM256,000 UNTUK SEKOLAH DALAM PARLIMEN SUNGAI SIPUT DISERAHKAN

Sungai Siput || S.Kesavan, Ahli Parlimen Sungai Siput hari ini meluangkan masa berbuka bersama warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Shing Chung, Sungai Siput.

 

Beliau menyampaikan sumbangan sebanyak Rm 256,000 kepada 50 buah sekolah iaitu 8 Sekolah Menengah, 25 Sekolah Kebangsaan, 9 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan 8 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang diwakili oleh Guru Besar dan Pengerusi PIBG Sekolah masing masing dalam Parlimen Sungai Siput.

 

Beliau diiringi oleh Ahmad Sabri Abdul Ghani, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.

 

Turut hadir Pegawai Khas Datuk Zolkafly Harun ADUN Lintang serta Pegawai Khas Loh Sze Yee ADUN Jalong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *