Pesakit psikiatri hantar emel ancaman bom palsu ditahan

Foto: Media Sosial

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Ancaman bom di sebuah pusat membeli-belah semalam adalah palsu selepas Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis

Kontinjen (IPK) Perak menemui sebarang bahan letupan kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata susulan kejadian itu seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 43 tahun ditahan dirumahnya rumahnya Kampar pada hari yang sama serta merampas sebuah alat komunikasi yang digunakan oleh suspek.

Menurutnya, suspek adalah seorang lelaki warga tempatan berumur 43 tahun yang mempunyai sejarah penyakit psikiatri dan sedang menerima rawatan di Klinik Pakar Psikiatri, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Terdahulu, lebih kurang 2.56 petang, pihak pengurusan pusat membeli-belah itu menerima emel daripada seorang individu yang tidak dikenali menyatakan terdapat ancaman bom dan meminta pihak pengurusan mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan.

“Kemudian kita menerima satu laporan polis berhubung ancaman bom itu kira-kira jam 4.57 petang semalam.

“Justeru, UPB dari IPK Perak menjalankan pemeriksaan menyeluruh di bangunan pusat membeli-belah itu dan mengesahkan maklumat ancaman bom tersebut adalah palsu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun

Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati suspek tidak di bawah pengaruh dadah.

“Siasatan kes ini telah selesai dan kertas

siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk arahan selanjutnya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang supaya tidak sesekali memberikan sebarang maklumat palsu yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman

awam.

Katanya, sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan keselamatan awam dan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat hendaklah dielakkan.

#PerakKini #PDRM #bom #palsu #pusatbelibelah #RBZ

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *