collapse
Home / JENAYAH / POLIS GEMPUR SINDIKET CURI KABEL, TAIPING TAK RELA JADI “LOMBONG TEMBAGA” PENJENAYAH!

POLIS GEMPUR SINDIKET CURI KABEL, TAIPING TAK RELA JADI “LOMBONG TEMBAGA” PENJENAYAH!

19-May-2026  Mohd UmzarulFaiz Umar  553 views
POLIS GEMPUR SINDIKET CURI KABEL, TAIPING TAK RELA JADI “LOMBONG TEMBAGA” PENJENAYAH!

TAIPING — Cubaan licik satu sindiket mencuri kabel milik Telekom Malaysia akhirnya berkubur apabila lima lelaki berjaya diberkas polis dalam satu serbuan mengejut awal pagi semalam!


Dalam kejadian sekitar jam 7.30 pagi, anggota MPV dan URB IPD Taiping yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah terserempak dengan sekumpulan lelaki dalam keadaan mencurigakan dipercayai sedang menjalankan kegiatan mencuri kabel bawah tanah milik Telekom Malaysia.
 

Lebih dramatik, ketika serbuan dilakukan, dua suspek dilihat sedang memotong kabel manakala tiga lagi sibuk mengangkat kabel ke dalam sebuah lori Daihatsu Delta merah seolah-olah “operasi terancang” sedang berlangsung!
 

Polis berjaya menahan kesemua lima suspek warga tempatan berusia antara 35 hingga 39 tahun serta merampas lori dan beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah tersebut.


Siasatan awal mendapati kumpulan itu dipercayai aktif menjalankan kegiatan curi kabel di sekitar daerah Taiping dengan menyasarkan kabel bawah tanah milik Telekom Malaysia. 

Polis kini sedang memburu beberapa lagi ahli kumpulan yang masih bebas.
 

Kes disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan dan Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika sabit kesalahan, suspek boleh berdepan hukuman penjara dan denda sehingga RM300,000! 

IMG-20260519-WA0054

IMG-20260519-WA0058
IMG-20260519-WA0053
IMG-20260519-WA0057
IMG-20260519-WA0061
IMG-20260519-WA0060
IMG-20260519-WA0059
IMG-20260519-WA0055
IMG-20260519-WA0056
 


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.