collapse
Home / JENAYAH / JIM GEMPUR SARANG MAKSIAT! 24 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS GEGAR DI KOTA RAYA

JIM GEMPUR SARANG MAKSIAT! 24 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS GEGAR DI KOTA RAYA

20-May-2026  Mohd UmzarulFaiz Umar  648 views
JIM GEMPUR SARANG MAKSIAT! 24 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS GEGAR DI KOTA RAYA

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membongkar kegiatan sindiket persundalan warga asing menerusi “OPS Gegar” dalam serbuan dramatik di sebuah rumah kedai empat tingkat di Kota Raya, Jalan Tun Siew Sin, Kuala Lumpur, petang semalam. 

Operasi khas bermula jam 3.30 petang itu melibatkan Pasukan Taktikal Khas (PASTAK), Bahagian Perisikan dan Operasi Khas JIM serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

IMG-20260520-WA0083

Hasil risikan selama sebulan berjaya membawa kepada penahanan 24 warga asing termasuk wanita Indonesia dan Bangladesh yang dipercayai terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. 

Sindiket terbabit dipercayai menawarkan khidmat seks kepada pelanggan tempatan dan warga asing dengan bayaran antara RM80 hingga RM120 untuk satu sesi selama 15 minit.

IMG-20260520-WA0094

 Aktiviti haram itu dijalankan secara tersusun di tingkat tiga dan empat premis berkenaan. 

Lebih mengejutkan, premis tersebut dikawal ketat menggunakan CCTV selain dipantau individu dikenali sebagai “Captain” dan “Abang Long Kawasan” bagi mengelakkan serbuan pihak berkuasa. 

IMG-20260520-WA0091
Namun, helah sindiket akhirnya tumpas selepas pegawai risik PASTAK berjaya menembusi sistem kawalan mereka. 

Turut dirampas dalam operasi itu ialah buku catatan pelanggan, kondom, minyak pelincir dan set CCTV yang dipercayai digunakan bagi memantau keselamatan premis. 

Semua tahanan kini ditempatkan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan peraturan berkaitan.

IMG-20260520-WA0090
IMG-20260520-WA0088
IMG-20260520-WA0095
IMG-20260520-WA0092
IMG-20260520-WA0093
IMG-20260520-WA0087
 


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.