PROGRAM ‘FLASHMOB’ ADVOKASI IBU PEJABAT POLIS DAERAH IPOH BERSAMA PENUNGGANG MOTOSIKAL P-HAILING DAERAH IPOH.

IPOH, 10 Julai – Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad hadir melancarkan program ‘flashmob’ advokasi bersama penunggang motosikal P-Hailing bertempat di Unit Penguatkuasaan Trafik Ipoh, Jalan Chamberlain Hulu pada petang ini.

 

Turut hadir mengiringi beliau adalah Lagenda Permotoran Negara, Wazi Abdul Hamid, Pegawai PERKESO, Pegawai Polis Trafik, Pegawai Rendah Polis serta seramai 33 orang penunggang motosikal P-Hailing di daerah Ipoh.

 

Program yang julung kali dilaksanakan bertujuan untuk memberikan pendedahan serta kesedaran kepada semua penunggang motosikal P-Hailing akan pentingnya mematuhi peraturan dan undang-undang lalulintas bagi menjamin keselamatan diri dan keselamatan semua pengguna jalanraya.

 

Dalam program yang sama turut disampaikan ceramah berkaitan”Teknikal Tunggangan Motosikal” sebagai usaha Polis Daerah Ipoh dalam memastikan penunggang motosikal khasnya penunggang motosikal P-Hailing dapat mengendalikan motosikal dengan lebih baik.

 

Statistik kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal di Daerah Ipoh menunjukkan peningkatan sejak 3 tahun kebelakangan ini iaitu pada tahun 2021 sebanyak 1,335 kes telah direkodkan dan sebanyak 5 kes adalah kecederaan parah dan maut.

 

Pada tahun 2022 sebanyak 1,637 kes kemalangan telah direkodkan dan sebanyak 5 kes adalah kemalangan maut.

 

Pada tahun 2023 sebanyak 1,720 kes kemalangan telah direkodkan dan jumlah kemalangan maut melibatkan motosikal sebanyak 6 kes dan 2 kes kemalangan maut telah direkodkan melibatkan penunggang motosikal P-Hailing pada tahun ini.

 

Beliau turut menyatakan “Polis Daerah Ipoh akan terus menjalankan operasi penguatkuasaan dari masa ke semasa bagi memperkasakan lagi tindakan undang-undang terhadap penunggang motosikal dalam mengurangkan kes kemalangan jalan raya di daerah ini”, ujar beliau kepada pemberita.

 

Disediakan oleh Azizi Latif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *