SKUAD ‘KING COBRA’ JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERKOLABORASI BERSAMA KAWASAN RUKUN TETANGGA DESA LANG.
IPOH, 29Jun – Apabila disebut ular, pasti ramai yang berasa takut dan juga mempunyai perasaan geli terhadap reptilia ini.
Hakikatnya bukan mudah untuk berdepan dengan reptilia yang boleh membunuh ini sekiranya tiada kepakaran serta teknik tertentu.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Desa Lang, Azman Arshad telah melancarkan program taklimat keselamatan kepada penduduk sekitar taman bersama Skuad King Cobra (SKC) bertempat di Padang Bola Gunung Lang pada hari ini.
Menurut Jurulatih Skuad King Cobra (SKC) yang juga Pegawai Bomba Kanan II di Akademi Bomba Dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Fakhrul Rodzi, dalam situasi inilah pasukan khas SKC akan datang untuk menangani masalah yang dihadapi penduduk.
“Ketika berhadapan terutama dengan ular berbisa pastikan berada pada jarak selamat iaitu sekitar dua meter dari ular dan segera menghubungi 999 serta pastikan ular berada dalam kawasan ‘kuarantin’ sehingga pasukan penyelamat tiba”, ujar beliau kepada pemberita.
Disediakan oleh Azizi Latif