PROGRAM HIJAUKAN BUMI SELAMATKAN GENERASI AKAN DATANG

IPOH – Orang Besar Jajahan Manjung YDH Toh Seri Bijaya Lt Kolonel(B) Dato Seribijaya Shaharudin hadir merasmikan program ‘Hijaukan bumi selamatkan generasi’ yang diadakan di Loyal Academy pada pagi tadi.

Turut mengiringi beliau Presiden Lions Club of Perak Silver State, Dr Richard Ng bersama 60 peserta dari Lions Club of Ipoh Centennial, Lions Club of Bukit Mertajam Horizon, SK Jln Panglima Bukit Gantang, Maahad Tahfiz Tambun, Pertubuhan Rakan Komuniti Pendidikan Perak dan Sahabat Alam Malaysia.

Menurut Dr Richard Ng sebanyak 16 pohon pokok jenis Ficus Elastica, Bucida, Eugenia dan Tecoma telah berjaya ditanam dikawasan lapang sekitar Taman Kledang Permai sempena ‘Hari Bumi Sedunia’.

   Program ini turut berkerjasama bersama Hospital Pantai Ipoh, Loyal Academy, KOHIJAU, Ipoh City Watch dan Persatuan Penduduk Bukit Merah.

 

Disediakan oleh Azizi Latif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *