RANCAK EKONOMI BIDANG PERTANIAN
Selaku agensi kerajaan negeri Perak, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) ingin bersama-sama merancakkan kembali ekonomi dengan mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan bagi membantu rakyat negeri Perak. Peluang-peluang pekerjaan ini fokus di dalam bidang pertanian, perikanan dan penternakan di negeri Perak.
Antara projek-projek di bawah Skim Usahawan Agrotani ini adalah:
1. Pemacu Usahawan PPPNP (Agropreneurpitch dan Skim Pinjaman Usahawan Tanpa Faedah)
2. Projek Rintis Ladang Usahawan Graduan Senggang
3. Perak Agriculture Integrated Valley (PAIV)
4. Projek Pemacu Agrotani (Pemacu@Patro, Lambor dan Lekir)
5. Green Perak Urban Farming (Green Perak)
PPPNP menyeru semua rakyat negeri Perak yang terkesan semasa PKP untuk membuat permohonan bagi projek-projek di atas dan memberi peluang kepada PPPNP untuk membantu anda semua.
Bagi yang berminat menyertai projek ini, syarat-syarat kelayakan bagi setiap projek adalah seperti yang tertera pada risalah/poster yang disediakan. Sebarang pertanyaan mengenai projek ini, anda boleh menghubungi Unit Usahawan PPPNP di talian 013-490 3800 atau 05-2537924.
#UsahawanPPPNP
#SkimUsahawanPPPNP
#PPPNP
#SADC