RUU Hotel Perak 2023 diluluskan di Sidang DUN Perak

Foto Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Hotel Perak 2023 pada Selasa.

Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid memaklumkan kelulusan tersebut setelah bacaan kali ketiga dibentangkan oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Sandrea Ng Shy Ching.

RUU itu diluluskan selepas keputusan diperoleh melalui proses pengundian melibatkan 32 undi bersetuju dan 25 undi tidak bersetuju.

Manakala, dua ADUN tidak hadir membabitkan Nga Kor Ming (PH-Kepayang) dan Muhammad Hakimi Hamzi Mohd Hayat (PN-Titi Serong).

RUU tersebut bagi menggantikan Enakmen Rumah Tumpangan 1927 bagi penambahbaikan selari dengan perkembangan keperluan pengunjung pada masa kini.

Penggubalan RUU Hotel Perak 2023 ini diperlukan untuk melonjakkan industri perhotelan kerana penyeragaman kualiti perkhidmatan hotel akan memanfaatkan pihak penggiat industri perhotelan dan pengunjung Perak secara langsung.

#PerakKini #RUUEnakmenHotel2023 #EnakmenRumahTumpangan1927 #SidangDunPerak #RBZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *