S. KESAVAN SANTUNI 78 PELAJAR DI PARLIMEN

12 Disember, KUALA LUMPUR – Seramai 78 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Sungai Siput dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Muda Abdul Aziz, Sungai Siput, Perak bersama lapan orang guru pengiring telah mengadakan lawatan rasmi ke Parlimen Malaysia.

 

Delegasi rombongan tersebut telah disambut mesra oleh Ahli Parlimen Sungai Siput, Kesavan Subramaniam serta diiringi Setiausaha Politik Parlimen Sungai Siput dan pegawai khas beliau.

 

Rombongan pelajar dan guru disajikan dengan jamuan makan tengahari serta ucapan aluan sebelum diberikan taklimat dan protokol serta tatacara lawatan ke dalam Dewan Rakyat.

 

Menurut Kesavan, lawatan yang dibuat oleh rombongan pelajar dan guru adalah untuk memberi peluang kepada mereka mengikuti taklimat khas mesyuarat, perjalanan serta peranan Parlimen Malaysia.

 

“Saya selaku Ahli Parlimen Sungai Siput berasa amat bangga dengan kehadiran pelajar yang juga bakal menduduki SPM serta STPM tidak lama lagi .”

 

” Pelajar-pelajar ini amat bertuah kerana dapat menyaksikan sidang parlimen secara lansung yang cuma bersidang 72 hari dalam setahun.

 

” Terdapat 50 buah sekolah didalam Parlimen Sungai Siput dan saya akan berusaha menyusun lawatan seterusnya untuk sekolah-sekolah yang lain”, ujar beliau kepada pemberita.

 

Sehubungan itu, Kesavan turut memberi nasihat kepada rombongan pelajar supaya sentiasa bersedia menjadi pemimpin berwawasan dimasa hadapan.

 

 

Disediakan oleh Azizi Latif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *