SAUDARA BARU ORANG ASLI GEMBIRA

Oeh Intan Efazila Md Yusop

BEHRANG: Seramai 11 orang saudara baru di Kampung Orang Asli Sungai Lembing bersyukur menerima bantuan makanan asas daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Parlimen Tanjung Malim, dekat sini.

Pengerusinya, Ariffin Shuib berkata kegembiraan di wajah saudara baru terpancar dengan senyuman apabila rombongan PERKIM melewati masuk ke perkampung itu.

Katanya, bantuan itu diharapkan mampu meringankan beban saudara baru yang juga terkesan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan seluruh negara pada 18 Mac lalu.

” Sebagai saudara baru, kita perlu memberi sokongan moral terutama dalam soal kebajikan yang boleh membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

” Rombongan ini bukan semata-mata hanya memberi bantuan sahaja, secara tidak langsung kami dapat mengenal pasti jika ada permasalahan yang timbul setelah memeluk Islam,” katanya ketika dihubungi, dekat sini.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Parlimen Tanjung Malim, Ariffin Shuib (kiri sekali ) menyampaikan bantuan makanan kepada saudara baru di Kampung Orang Asli dekat sini. NSTP/IHSAN PERKIM.

Katanya, saudara baru yang ditemui berasa gembira dengan kehadiran rombongan PERKIM yang bantuan bekalan makanan untuk mereka di kampung itu walaupun jauh dari pekan.

” Bagi mereka jumlah bekalan makanan itu tidak penting, namun keperihatinan pihak PERKIM membuat mereka terasa dihargai dan diambil berat sebagai motivasi kepada mereka.

” Usaha ini akan diteruskan dari masa ke semasa dalam memastikan kehidupan saudara baru di perkampungan orang Asli ini sentiasa terpelihara,” katanya.

Ariffin berkata setiap permasalahan yang diutarakan kepada mereka akan diperbincangan dalam mesyuarat sebelum dipanjangkan kepada pihak terbabit.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Parlimen Tanjung Malim, Ariffin Shuib (kiri sekali ) menyampaikan bantuan makanan kepada saudara baru di Kampung Orang Asli Sungai Lembing, dekat sini.NSTP/IHSAN PERKIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *