Selepas 6,992 hari menyulam cinta, akhirnya Michelle Yeoh, Jean Todt berkahwin
Pelumba Formula 1, Felipe Massa berkongsi berita perkahwinan Michelle Yeoh dan Jean Todt menerusi Instagram beliau pada Jumaat.
Oleh Rosdalilah Zahari
HAMPIR 20 tahun menyulam cinta, akhirnya pemenang Anugerah Oscar yang juga anak kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh berkahwin dengan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Jean Todt, semalam.
Berita gembira itu dikongsi salah seorang jemputan iaitu pelumba Formula 1, Felipe Massa menerusi Instagram beliau.
Majlis resepsi Michelle, 60, dan Jean, 77, diadakan secara tertutup di Geneva, Switzerland.
Pasangan itu bertemu buat pertama kali di China ketika acara Grand Prix Shanghai pada tahun 2004 dan bertunang pada 24 Julai tahun yang sama.
Michelle Yeoh mencatat sejarah tersendiri merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) ke-95 menerusi lakonannya dalam filem ‘Everything Everywhere All At Once’ pada Mac lalu.
#PerakKini #MichelleYeoh #kahwin #RBZ