Sultan Nazrin berkenan hadir sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak

Foto: Facebook Zahid Hamidi
Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak di Taman Tema Lost World of Tambun, dekat sini, pada Ahad.
Majlis anjuran kerajaan negeri itu dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 40,000 pengunjung dari pelbagai peringkat usia.
Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris A’fifullah Shah; Raja Di Hilir, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris A’fifullah Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad turut bersama-sama hadir pada majlis ini.
