Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden tembak di Auckland
Foto Media Sosial
Oleh Rosdalilah Zahari
KEMENTERIAN Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington mengesahkan setakat ini tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden tembakan rambang yang berlaku di Quay Street, Auckland, New Zealand pada Khamis.
Menurut laporan awal, seorang lelaki bersenjatakan senapang patah melepas tembakan tambang yang setakat ini meragut dua nyawa dan mencederakan enam orang lain.
Penembak rambang tersebut juga dilaporkan mati di lokasi kejadian.
Kenyataan itu turut memaklumkan Suruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung insiden tersebut
Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington yang beralamat di 10 Washington Avenue Brooklyn, PO Box 9422, Wellington atau hubungi +64-4-385 2439 atau +-64-2104 40188 (untuk kecemasan) atau emel mwwellington@kln.gov.my
#PerakKini #tembak #Auckland #NewZealand #rakyat #Malaysia #selamat #RBZ