TREKTA TERHUMBAN DALAM PARIT

oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

BAGAN SERAI– Seorang pemandu jentera hampir menemui ajal apabila trekta yang dipandu hilang kawalan dan terhumban ke dalam parit di Parit Tok Ngah, Parit Buntar, 10 Mei lalu.

Mangsa, Mohd Saufi Abdul Othman, 41,berkata sewaktu kejadian, sekitar jam 1.30 tengah hari, dia dalam perjalanan dari rumahnya di Parit Haji Amin, disini, untuk menghantar trekta rakannya untuk disimpan di stor.

Menurutnya ketika melalui jalan kampung disitu, tiba-tiba stereng jentera tidak berfungsi dan membelok ke arah parit.

” Ketika kejadian saya cuba mengawal kenderaan namun tetap terhumban kedalam parit dengan keadaan ke empat-empat tayar terbalik keatas, manakala saya terperangkap didalamnya

” Ketika itu saya dah hampir lemas kerana kaki saya patah dan tersangkut pada padel minyak dan brek.

 

” Dalam keadaan hampir lemas dan kesakitan, dua saya berusaha, berulang kali saya laungkan kalimah Allahu Akhbar sambil cuba melonjakkan badan untuk keluar dari dalam air dan akhirnya secara tiba-tiba jentera itu seaakan-akan sedikit terapung dan membolehkan muka saya timbul ke permukaan air untuk terus bernafas, “katanya ditemui media selepas menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat.

Menurutnya lagi, sejurus dapat bernafas, dia yang masih lagi terperangkap pada jentera hanya berserah pada Allah dan menanti bantuan tiba.

” Mujur ada penduduk kampung yang lalu disitu dan memangku kepala saya sementara menanti bantuan lain tiba.

” Hampir setengah jam didalam air barulah jentera itu dapat diangkat dan sebaik berjaya dikeluarkan, saya terus di kejarkan ke hospital dan menerima rawatan lanjut di Hospital Parit Buntar sebelum dirujuk ke Hospital Taiping.

” Hanya Allah yang tahu perasaan saya waktu itu dan saya anggap kejadian itu seperti diberi nyawa kedua dariNya,”katanya.

Mohd Saufi berkata, dia yang mempunyai lima anak berusia tiga tahun hingga 19 tahun kini tidak mampu membuat sebarang pekerjaan hanya bergantung harap pada jualan aiskrim di kediamannya dengan pendapatan harian sekitar RM 5 hingga 10 sehari, selain dibantu isteri yang baru berkerja kilang.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh terus berhubung dengan mangsa di talian 60 11-3357 5841.

Dalam pada itu Sham berkata pihaknya telah tampil menziarah dan memberi bantuan awal kepada mangsa.

Menurutnya pihaknya turut cuba mengusulkan bantuan lain kepada mangsa yang kini tiada sumber perkerjaan lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *