BERSATU PARIT BUNTAR ZAHIR TAHNIAH PADA KKM

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

PARIT BUNTAR– Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Parit Buntar menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan berjaya melandaikan kes Covid-19 sehingga ke tahap yang membanggakan.

Ketuanya, Md Nayan Salleh, berkata biarpun negara kini memasuki Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PPKP), pihak KKM khususnya di peringkat Penolong Pegawai Pegawai perlu terus memainkan peranan dalam mengesan sebarang kes dan kontak melalui kaedah Active Cases Detection (ACD) dan Date Line Chart (DLC) bagi memastikan wabak ini dapat dihapuskan secara total bukan sahaja melalui rakyat Malaysia sebaliknya warganegara asing.

Menurutnya PPKP ini tidak boleh mengambil ringan perkara ini walaupun terdapat hanya satu kes.

” Dalam kes memerangi Covid-19 ini saya menganggap PPKP adalah Front Liner yang paling utama kerana mereka adalah individu yang bertungkus lumus mengesan kontak dan pesakit Covid-19 melalui kaedah ACD dan Date Line Chart (DLC) sehingga mampu mengawal wabak ini dari terus berleluasa.

” Kejayaan Malaysia mengawal dan menangani Covid-19 ini membuka mata dunia.

” Justeru Bersatu Parit Buntar amat mengharapkan PPKP perlu meneruskan kaedah ACD dan DLC biar pun terdapat hanya satu kes yang dikesan, bagi memastikan ianya dapat dikawal dan tidak merebak, “katanya ditemui media selepas menyampaikan bantuan keperluan asas kepada penerima di Simpang Tiga, Kuala Kurau dalam Program Mingguan menyantuni Masyarakat Bersatu.

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai politik Bersatu semasa , beliau secara pribadi beranggapan hanya Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin yang layak mentadbir parti dan negara kerana miliki sifat yang pemurah dan penyayang dengan rakyat.

“Perkara ini jelas dapat kita lihat kejayaan beliau menangani Covid-19 sehingga ke tahap PKPP dengan tenang dan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.

” Justeru Bersatu Parit Buntar yang memegang prinsip dan mengikuti Perlembagaan Bersatu Malaysia akan sentiasa menyokongnya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *