NASIB BAIK ADA ABANG RELA

Oleh Intan Efazila Md Yusop
MUALLIM: Tindakan spontan dua anggota Jabatan Sukarelawan Rakyat Malaysia (RELA) daerah Muallim membantu mengawal lalu lintas setelah sebuah lori muatan simen rosak di Jalan Slim Rivet-FELDA Gunung Besout rosak mendapat pujian orang ramai, dekat sini.
Difahamkan, lori simen terbabit dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke sebuah tapak pembinaan rumah berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Slim berhenti di tepi jalan setelah kerosakan pada gear.
Ketua Perhubungan RELA Kawasan (KPRK) daerah, Shukeriradzi Md Said berkata ketika membuat rondaan di kawasan premis perniagaan dan bank bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi orang ramai.
Katanya , tiba-tiba beliau dan rakannya, Mohd Firdaus Mohamad ternampak berlaku kesesakan di simpang masuk dan keluar pekan Slim River disebabkan lori simen telah menghalang perjalanan kenderaan serta mengakibatkan berlaku kesesakan lalu lintas.
” Lalu lintas agak sibuk hari ini, di mana banyak kenderaaan yang keluar dan masuk ke pekan untuk.membeli barang keperluan dan mengeluarkan wang di bank.
” Tindakan kami hanya mahu memastikan lalu lintas jalan terbabit berjalan lancar dan kasihan melihat pemandu lori yang sudah kelihatan mula gelabah kerana jalan itu menjadi sesak akibat lori itu rosak,” katanya ketika ditemui, dekat Slim River.
Katanya, sikap pemandu yang bertolak ansur dan berhati- hati apabila melihat lori simen itu rosak membantu kami dalam menjalankan tugas dalam apa jua keadaan demi tanggungjawab sebagai anggota RELA yang perihatin dengan situasi semasa.

