3 termasuk 2 warga Indonesia cedera dalam kejadian MPV langgar lori di Lebuhraya PLUS

Keadaan MPV yang remuk selepas melanggar bahagian belakang lori dalam kemalangan di Kilometer 230 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara berhampiran Kuala Kangsar awal pagi ini. - Foto: Ihsan BBP Kuala Kangsar

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Tiga cedera akibat tersepit dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 230 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara berhampiran Kuala Kangsar awal pagi ini.

Dalam kejadian tersebut, MPV yang dinaiki oleh seorang lelaki tempatan dan dua wanita warga Indonesia itu dipercayai melanggar belakang lori yang membawa muatan barangan sejuk beku.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan jam 4.57 pagi dan 10 anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi kejadian kami mendapati kemalangan membabitkab dua buah kenderaan di mana MPV Innova telah melanggar bahagian belakang sebuah lori dengan muatan barangan sejuk beku.

“Kemalangan itu menyebabkan tiga mangsa terperangkap di dalam MPV yang mereka naiki,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, pihaknya mengeluarkan dua daripada mangsa menggunakan peralatan menyelamat manakala seorang lagi mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam.

Tambahnya, ketiga-tiga mangsa cedera dibawa ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan.

“Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut,” jelasnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Meor Kamarul Hasnin Bahiran tamat jam 6.26 pagi.

#PerakKini #JBPM #kemalangan #KualaKangsar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *