PELAKON TEATER TERKENAL PERLU BANTUAN

Oleh USU AZHA HAJI HAMZAH
IJOK, Batu Kurau– Dulu namanya harum sebagai seorang aktivis teater yang berbakat besar dan telah berlakon serta mengarah banyak teater di Malaysia. Kini, tersadai di kampung halaman sendiri dengan naif dan daifnya.
Nama Nizam Haji Bahari sememang cukup sinonim dengan dunia teater. Pernah memenangi lima kali anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Teater Kebangsaan dan tiga kali menggondol anugerah pengarah teater terbaik.
Dunianya kini sudah jauh dengan dunia teater yang disayanginya kerana tinggal jauh dari kelompok insan teater. Bukan tak mahu bergiat aktif, namun kesihatan tidak mengizinkan lagi.
Nizam ditemui wartawan Perak Kini di kampung halamannya di Kampung Masjid, Ijok, Batu Kurau dan beliau kini tak mampu melakukan pekerjaan kerana sakit asma dan masalah kesihatan yang lain.
“Ya, saya masih sayangkan dunia teater yang telah menjadi darah daging saya, tapi sekarang saya tak mampu nak aktif kerana masalah kesihatan dan ketidakupayaan yang lainnya,”
” Sekarang kehidupan saya juga agak susah dan tak mampu nak lakukan kerja yang berat-berat. Namun saya tak suka meminta-minta,” ujar Nizam ikhlas ketika ditemui.
Antara teater yang membabitkannya sebagai pelakon dan pengarah ialah
– Malam Jahanam karya Montinggo Busye (Indonesia)
– MISI (Karya Faizal Tehrani)
– MAYAT
Karya Hatta azad Khan
(Pengarah/Pelakon)
Tribute to penyair JM Aziz (Pelakon)
– PEMAIN (monolog)
Karya Tan Sri Johan Jaafar.
(Pengarah/Pelakon)
Anugerah
– Pelakon Lelaki Terbaik Kebagsaan 1995 & 1998.
– Pengarah Teater Terbaik 2000, 2002, 2004
– Pelakon Lelaki Terbaik Festival Teater Malaysia 1995, 1997, 1998, 2002, 2004
– Anugerah Seni Cameronian 2004 – Teater Misi.
– Pemenang Anugerah Teater Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia 1998 & 2000
– Johan Pekan Teater 1995, 1998, 2000, 2002 & 2004
Nizam pernah diambil sebagai pelakon filem Buntat arahan pengarah terkenal Sabri Yunus pada tahun 2018 di mana filem tersebut juga dilakonkan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu.




Nizam ketika ditemui masih merindui dunia lakonan tetapi masalah kesihatan dan kekangan kehidupan membuatkan beliau hanya dapat merindui bidang itu dari jauh sahaja.
Sebagai insan yang banyak berjasa dalam bidang seni terutamanya teater, Perak Kini berharap agar ada pihak yang tampil memberi bantuan sama ada dari segi moral dan kewangan agar Nizam dapat meneruskan kehidupannya dengan lebih selesa dan sempurna.
Nizam boleh dihubungi di talian 0195467790 dan boleh dikunjungi di kediamannya di Kampung Masjid, Ijok, Batu Kurau, Perak.

Terima kasih atas makluman..insyallah Majlis Kebudayaan Negeri akan cuba membantu