FILEM LAKONAN MB PERAK BAKAL DITAYANGKAN

Oleh USU AZHA HAJI HAMZAH
Setelah hampir dua tahun proses menyiapkan editing filem Buntat (Butak), kini filem arahan Sabri Yunus akan menemui khalayak di saluran Astro First tidak lama lagi.
Filem yang menceritakan perjalanan seorang kanak-kanak nakal sekitar tahun 60 an ini dan akhirnya menemui jalan taubatnya turut dibintangi oleh Menteri Besar Perak, Dato Seri Ahmad Faizal Azumu (Peja Azumu).
DS Peja Azumu dijemput oleh produser, Haji Amru, sebagai cameo dalam filem ini sebagai watak seorang syeikh penjual kitab di sebuah pelabuhan di Pulau Pinang. Turut sama dalam babak itu ialah pelakon utama Izuan Fitri (Buntat/ Butak) dan Imuda.
Filem ini memilih hampir 98% lokasi di sekitar Perak seperti di Batu Kurau, Taiping, Ijok, Batu Gajah dan Ipoh.
Pihak penerbit, Two Tones Sdn Bhd dan Astro bekerjasama untuk menayangkan filem rakyat ini di saluran Astro First kerana memandangkan tidak sesuai ditayangkan di pawagam akibat fenomena wabak penyakit Covid 19 ini.
Antara pelakon lain yang turut membintangi filem arahan pertama Sabri Yunus ini ialah Bohari Ibrahim, Kazar, Khatijah Tan, Azman Hasan, Nizam Haji Bahari dan Melly Amalin.
Kepada peminat filem Melayu, nantikan tarikh tayangan yang akan diumumkan tidak lama lagi
