Aktiviti pengorekan pasir antara punca gangguan ekosistem di Sungai Perak

Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH – Gangguan ekosistem Sungai Perak terganggu dipercayai berpunca daripada aktiviti pengorekan pasir, sekatan laluan air oleh empangan, kerja-kerja tanah, penebangan hutan dan buangan air limbahan domestik.
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata kerajaan negeri melalui kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan menjalankan kempen kesedaran awam dan tindakan undang-undang melalui peruntukan sedia ada.
“Mengenai isu ikan asing yang ditemui di dalam sungai, usaha mengawal kemasukan dan pemeliharaan ikan tersebut secara tidak sah sedang dilaksanakan.
“Bagi tujuan itu, Jabatan Perikanan akan memperkenalkan kawalan peraturan baharu iaitu Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Darat) dan diperingkat penyediaan dokumen,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan lisan yang dikemukakan Berhanudin Ahmad (PN-Manong) sempena Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini pada Rabu.
#PerakKini #SidangDunPerak #SungaiPerak #ekosistem #RBZ
