Bayi perempuan ditemui di atas sofa kedai makan

Tangkap layar dari video tular menunjukkan petugas kesihatan memeriksa bayi itu.- Foto: Ihsan pembaca

KUALA LUMPUR – Seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemukan di atasFoto:, a di hadapan sebuah kedai makan di Taman Bahtera, Ulu Bernam, Hulu Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Arsad Kamaruddin berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 33 tahun yang menjumpai bayi berkenaan pada 9.49 pagi.

“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati bayi itu dalam keadaan sihat dan tiada kesan luka atau gigitan binatang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arsad berkata pihaknya sedang mengenal pasti individu yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Terdahulu tular sebuah video berdurasi 53 saat menerusi media sosial memaparkan seorang bayi ditinggalkan di atas sofa sebelum ditemukan orang ramai. –  

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *