Di mana Nur Amira?
Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH – Remaja perempuan dipercayai hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Taman Chandan Desa, Kampung Kepayang dekat sini pada Ogos.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, polis menerima laporan polis berhubung kehilangan remaja terbabit, Nur Amira Abdullah, 16, yang dibuat oleh abangnya di Balai Polis Simpang Pulai pada 21 Ogos lalu.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan Nur Azliza Nordin di talian 019-240 3392 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
#PerakKini #PDRM #remaja #hilang #RBZ