DURIAN ISI KUNING JADI KEGILAAN
BATU KURAU: Bagi penggemar durian selain jenama-jenama elit seperti Mousang King, Black Thorn, Udang Merah dan lain-lain lagi, durian isi kuning buah kampung juga antara menjadi pilihan. Durian isi kuning ini banyak terdapat di daerah produktif durian iaitu Batu Kurau.
Durian isi kuning ini bukan sahaja rasanya sedap dan luar biasa, namun isinya tebal dan dan sesiapa yang memakannya akan rasa puas hati.
Menurut peraih durian terkenal di Batu Kurau, Tuan Man, durian isi kuning banyak terdapat di kawasan bukit dan ianya menjadi rebutan pembeli yang datang ke Batu Kurau.
“ Yang datang nak berniaga durian pastinya akan menyuruh saya memilih buah durian yang isinya kuning, kalau ada mereka akan ambil semua walaupun harganya mahal,” ujar Tuan Man ketika di temui.
Namun begitu, durian Batu Kurau bukan hanya bergantung kepada durian isi kuning, tetapi durian lain juga tetap menjadi pilihan kerana kebanyakkan durian yang tumbuh di Batu Kurau menghasilkan kualiti yang tinggi dan ramai peminatnya.
Kepada yang berminat untuk mendapatkan durian dari Batu Kurau, boleh hubungi Tuan Man di talian 013-445 5434.