FILEM MASUK JAWI BAKAL GEGAR ASTRO FIRST

Oleh USU AZHA HAJI HAMZAH

FILEM  Melayu makin rancak pembikinannya, walaupun terpaksa melalui era pandemik Covid19 yang memutuskan hubungan antara penonton dan pawagam, tapi itu bukan berakhirnya nafsu manusia mahu menonton wayang gambar. Sebagai alternatifnya, panggung digital masih boleh diterima penonton. Terbukti banyak filem Melayu yang ditayangan di Astro First mengaut kutipan jutaan ringgit Malaysia.

Filem Masuk Jawi, terbitan sebuah syarikat perfileman bumiputera, Wandet Production yang berpangkalan di Ampang, Selangor ini turut menjadi sebutan antara filem yang bakal meledak dengan kutipan jutaan ringgit bila mula di tayangkan di saluran Astro (channel 480).

Filem ini mengisahkan tentang kisah 3 budak yang sudah 4 kali melarikan diri apabila hendak disunatkan. Pelbagai perkara komedi berlaku dan ianya cukup sesuai untuk tontonan seluruh keluarga apatah lagi ketika ini, semua ahli keluarga berkumpul di rumah.

Penggambaran di Kedah
100% menggunakan dialog bahasa utara

Menurut produser filem ini, Wan Mahadzer Wan Abdullah, filem Masuk Jawi ini mula penggambaran pada 2019 lalu dan mulanya ingin ditayangkan di panggung wayang. Namun bila Covid 19 melanda negara pada 2020, semua panggung wayang ditutup, pihak mereka telah berusaha menjalinkan kerjasama dengan stesen telivisyen berbayar Astro untuk ditayangkan di Astro First.

Wan Mahadzer (Wandet) produser filem Masuk Jawi

Apa yang menarik, filem ini menggunakan 100% dialog dalam bahasa utara (Kedah) dan lokasi penggambarannya juga dilakukan di Kedah iaitu di daerah Pulau Timbul, Chegar dan Tunjang.

Banyak muka baru dalam filem Masuk Jawi ini, namun bukan halangan menjadikan filem ini berkesan kerana kebanyakkan pelakonnya adalah dari kalangan penggiat teater dan berpengalaman dalam dunia lakonan. Pelakon undangan dalam filem Masuk Jawi ini ialah pelawak tersohor, Ropie yang melakonkan watak sebagai tok mudim.

Filem Masuk Jawi diarahkan oleh Che Mie dan skripnya ditulis oleh Hafiezul.

Kepada anda yang tak sabar untuk menonton filem Masuk Jawi ini, bersedialah melanggan di saluran 480 Astro bermula 17 Jun 2021 ini dan semoga filem Masuk Jawi ini menggembirankan anda yang sedang berduka apabila dilanda pandemic Covid-19.

Selamat menonton

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *