JPJ PERAK LAKSANAKAN OPERASI AMBANG TAHUN BARU 2025

31 Disember , IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) komited dalam memastikan pematuhan masyarakat terhadap peraturan jalan raya melalui Ops Ambang Tahun Baru yang dilaksanakan serentak diseluruh negara.

 

Pelaksanaan Ops kali ini melibatkan agensi penguatkuasa lain seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Agensi Anti Dadah Malaysia (AADK).

 

Turut hadir dalam operasi tersebut Pengarah Pengangkutan Jalan Negeri Perak, Mohammad Yusof Abustan bertempat di Meru Raya, Ipoh pada malam tadi.

 

Beliau berkata, “Pendekatan Ops Bersepadu ini dilaksanakan secara Sekatan Jalan Raya (SJR) yang melibatkan kekuatan pegawai dan anggota seramai 72 orang bermula dari jam 8 malam sehingga selesai.

 

” Jumlah kenderaan yang diperiksa adalah sebanyak 750 buah. Jumlah kenderaan yang diambil tindakan sebanyak 184 buah dengan pecahan kenderaan motosikal (172 buah) motokar(11 buah) dan lain-lain kenderaan (1 buah).

 

” Jumlah keseluruhan kenderaan disita sebanyak 25 buah dan jumlah notis yang dikeluarkan adalah sebanyak 171 buah kenderaan.

 

” Operasi ini merupakan pelan tindakan JPJ menjadikan tahun 2025 sebagai jalan raya yang selamat melalui strategi pendidikan, psikologi dan penguatkuasaan secara berterusan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya”, ujar beliau kepada Perak Kini.

 

JPJ juga turut menyarankan kepada masyarakat supaya lebih peka terhadap undang – undang lalulintas, peraturan jalan raya serta mengubah tatacara pemanduan yang lebih selamat, berdisiplin bagi memastikan jalan raya di negara ini selamat digunakan bukan hanya diri sendiri tetapi juga kepada seluruh pengguna yang lain.

 

 

 

Disediakan oleh Azizi Latif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *