PKNP RAIKAN MALAM APRESIASI MEDIA BERTEMAKAN ‘GO FOR GOLD’ 2024

23 Disember, IPOH – Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) menganjurkan majlis Malam Apresiasi Media 2024 bagi menghargai wartawan yang sentiasa menyalurkan maklumat serta liputan berita bersama PKNP selama ini.

 

PKNPk telah ditubuhkan pada tahun 1967 dibawah No Enakmen 3/1967 dan telah diberi mandat bersesuaian objektif iaitu meningkatkan pembangunan ekonomi dan sosio-ekonomi, bertindak sebagai pemangkin pelaburan swasta serta mempercepatkan pembangunan industri dan perdagangan melalui pelaburan.

 

Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Datuk Redza Rafiq Abdul Razak diiringi dif-dif jemputan serta ketua-ketua Biro Media bertempat di Casuarina Convention Centre 3, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh pada malam tadi.

 

Berbagai acara menarik telah disediakan seperti pertandingan karaoke, pop kuiz serta cabutan bertuah.

 

Acara yang dinantikan adalah kategori pakaian terbaik yang memerlukan wartawan melakukan aksi sebagai seorang pemain dalam mencapai sasaran pingat emas untuk negara.

 

Majlis berakhir dengan sesi fotografi bersama kepimpinan PKNP dan media.

 

 

Disediakan oleh Azizi Latif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *