KESAVAN EDAR 2,000 KALENDAR KEPADA PENGUNJUNG PASAR MALAM
1 Januari, SUNGAI SIPUT – Pasar malam merupakan konsep pasar yang terdiri daripada gerai mudah alih yang bermula pada waktu petang sehingga malam .
Sekiranya pengunjung mencari pelbagai juadah serta keperluan asas, pasar malam merupakan antara lokasi menarik yang boleh dikunjungi kerana terdapat bermacam juadah, barangan basah, buah-buahan serta pakaian juga dijual.
Hari ini pejabat Pusat Khidmat Parlimen Sungai Siput telah hadir untuk mengedarkan kalendar bagi tahun 2025 secara percuma kepada pengunjung pasar malam Taman Lintang.
Insiatif ini telah di inspirasikan oleh Ahli Parlimen Sungai Siput, S. Kesavan dan beliau turut hadir untuk mengedarkan kalendar serta beramah mesra bersama peniaga dan juga pengunjung pasar malam tersebut.
Beliau juga turut mempromosikan taklimat pembiayaan Tekun Nasioanl yang akan diadakan pada 12 Januari 2025 bertempat di Kampung Warisan Budaya D’ Village Hotel.
Taklimat ini adalah sebagai pendedahan kepada peniaga – peniaga di kawasan Parlimen Sungai Siput dalam usaha membantu mendapatkan dana bagi membiayai perniagaan mereka.
Usaha membuka pejabat Tekun di Parlimen Sungai Siput adalah inisiatif Kesavan yang telah memperjuangkan pembukaan semula pejabat Tekun yang telah tutup sejak tahun 2018.
Artikel oleh : Azizi Abdul Latif