LAWATAN PENANDA ARAS DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA KE MAJLIS BANDARAYA IPOH

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh telah menerima kunjungan delegasi dari Dewan Bandaraya Kuching Utara yang diketuai oleh Mohamad Faisal Adenan, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Infrastruktur Dewan Bandaraya Kuching Utara yang terdiri seramai 5 anggota Dewan Bandaraya Kuching Utara.

Lawatan tersebut bertujuan untuk mewujudkan perkongsian maklumat berkaitan Pengurusan Perancangan dan Penyelengaraan Kerja Kerja Kobtrak secara Konsesi, Pengurusan Kerja Kerja Rutin Penyelenggaraan Parit dan Pemotongan Rumput serta Kaedah Pelaporan Produktiviti yang dilaksanakan oleh pihak konsesi.

 

Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ridza’uddin Mohd Radzi, Pengarah Kejuruteraan Majlis Bandaraya Ipoh.

 

Delegasi Dewan Bandaraya Kuching Utara juga telah melawati Tasik Cermin Ipoh untuk mempromosikan pelancongan di Bandar Raya Ipoh.

 

Semoga lawatan berkenaan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Majlis Bandaraya Ipoh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *