SESI CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN TAHUN 2025 BAGI BULAN DISEMBER 2024
IPOH – Dato’ Rumaizi Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2025 bagi Bulan Disember 2024 hari ini.
Ia turut dihadiri oleh Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.
Majlis Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2025 Edisi Bulan Disember 2024 menawarkan hadiah cabutan bertuah merupakan barangan digital berjumlah keseluruhan RM 5,015 untuk dimenangi oleh 5 orang pemenang dengan hadiah utama seunit Apple lpad 10.2 inci.
Pada 9 Disember 2024 yang lalu,pihak Majlis telah melaksanakan cabutan bertuah bulanan secara digital bagi bulan November 2024 dan 5 orang pemenang telah diumumkan.
Untuk makluman semua, program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran bulanan ini diadakan sebagai hebahan kepada wargakota memandangkan mulai penggal 2/2023 tiada lagi penghantaran bil fizikal kepada pemilik-pemilik harta.
Wargakota Ipoh boleh memuat turun aplikasi DMBI atau melayari portal MBl (Dmbi@ipoh) untuk semakan dan seterusnya membuat pembayaran secara atas talian.
Cabutan bertuah bulanan ini hanya layak untuk disertai oleh pembayar awal yang telah menjelaskan bayaran setahun tanpa tunggakan secara atas talian sahaja mulai 1 November sehingga 31 Disember 2024.
Ini merupakan langkah untuk menggalakkan wargakota membuat pembayaran tanpa perlu hadir ke kaunter tetapi masih boleh menyertai Cabutan Bertuah.
lanya sekaligus dapat mendokong matlamat Majlis Bandaraya lpoh dalam menuju kearah Bandar Pintar menjelang 2030.
Program ini juga diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pembayar-pembayar awal yang telah selesai melaksanakan tanggungjawab mereka kepada Bandaraya lpoh setiap tahun.
Untuk makluman,sehingga 12 Januari 2025 sebanyak 17,728 bil telah membuat pembayaran awal selama setahun bagi bil cukai taksiran 2025 dan mencatatkan jumlah bayaran sebanyak RM 6.46 juta.
Pihak Majlis membuka peluang penyertaan cabutan bertuah ini kepada SEMUA saluran pembayaran yang membuat pembayaran Cukai Taksiran Setahun dan tanpa tunggakan iaitu di Kaunter Pembayaran Majlis Bandaraya lpoh, Kaunter Pejabat Pos, Kaunter PBT PERAK, Mesin Kiosk serta pembayaran atas talian iaitu pembayaran melalui Portal MBI (DMBI@ipoh),PBTPay, Jompay dan juga perbankan internet
Pada hari ini, MBI telah melaksanakan 5 cabutan pemenang bagi Edisi bulan Disember 2024 dan pemenang ini masih layak menyertai Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2025 yang akan diadakan selepas tamat tempoh bayaran pada 28 Februari 2025.
Wargakota yang masih belum menjelaskan bayaran cukai taksiran boleh membuat pembayaran dengan kadar segera dan masih berpeluang untuk memenangi hadiah utama Cabutan Bertuah Tahun 2025 yang dijangka akan berlangsung pada Mac 2025.
Semoga sokongan padu berterusan wargakota Ipoh kepada MBI akan membantu merealisasikan hasrat MBI untuk menjadikan Ipoh Bandaraya Ipoh Bestari.