Lelaki tabur paku atas jalan tidak bersengkongkol dengan kumpulan longkai

Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH – Lelaki yang ditahan polis pada 1 April lalu kerana terbabit dalam kejadian menabur paku di Jalan Ipoh – Lumut dekat Pusing, Batu Gajah dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan longkai.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata siasatan mendapati suspek berusia 45 tahun itu disyaki melakukan perkara tersebut kerana berada di bawah pengaruh dadah.
Menurutya, suspek juga tidak mempunyai kaitan dengan mekanik atau kumpulan penunda kereta.
“Lelaki itu macam ‘psiko’ sikit, kerana dia berada di bawah pengaruh dadah,” katanya sewaktu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, pada Selasa.
Baru-baru ini, tular di media sosial video berdurasi 24 saat menunjukkan pemandu kereta Nissan Almera bertindak membuang paku di atas jalan raya di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh – Lumut dekat Pusing.
#PerakKini #PDRM #taburpaku #atas #jalan #tular #RBZ
