MIYC Tambun perlu main peranan untuk kesejahteraan rakyat

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Persatuan yang dianggotai Belia memainkan peranan penting untuk menyumbang kepada kesejahteraan hidup masyarakat tanpa mengambil kira kepentingan individu.

 

Ketua Whip Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Datuk Mazlan Abd Rahman berkata setiap persatuan mesti melibatkan diri dengan masyarakat dan melakukan tugas sehabis baik untuk membantu mereka yang memerlukan.

 

Menurutnya, jawatan yang diamanahkan kepada individu dalam persatuan perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan masyarakat.

Mazlan ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Mesyuarat Agung Tahunan yang Ke-2 MIYC Cawangan Tambun di Dewan Komuniti Taman Berjaya, Tanjung Rambutan, hari ini.
Mazlan (duduk dua kanan) mendengar ucapan ringkas Dinesh (berdiri kiri) pada Mesyuarat Agung Tahunan yang Ke-2 MIYC Cawangan Tambun di Dewan Komuniti Taman Berjaya, Tanjung Rambutan, hari ini.
Mazlan menerima cenderahati daripada Dinesh selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan yang Ke-2 MIYC Cawangan Tambun di Dewan Komuniti Taman Berjaya, Tanjung Rambutan, hari ini.
Suasana sekitar Mesyuarat Agung Tahunan yang Ke-2 MIYC Cawangan Tambun di Dewan Komuniti Taman Berjaya, Tanjung Rambutan, hari ini.

“Persatuan seperti Majlis India Belia Malaysia (MIYC) Cawangan Tambun perlu terus melakukan aktiviti dari semasa ke semasa yang boleh memberikan manfaat kepada semua pihak.

 

“Mereka juga harus mendapatkan data orang kurang berkemampuan terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta supaya bantuan dapat segera disalurkan dan tiada rakyat yang akan terpinggir.

 

“Justeru, saya menyeru belia supaya menyertai persatuan memandangkan belia adalah aset negara yang bakal memimpin rakyat pada masa hadapan,” katanya.

 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan yang Ke-2 MIYC Cawangan Tambun di Dewan Komuniti Taman Berjaya, Tanjung Rambutan, hari ini.

 

Hadir sama, Ketua MIYC Cawangan Tambun, K Dinesh; Ahli Majlis Tertinggi MIYC Kebangsaan merangkap Pemangku Pengerusi MIYC Perak, A Arvend dan Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Kinta, Muhamad Razman Melban.

 

Dalam perkembangan sama, Mazlan turut berharap Majlis Belia Daerah (MBD) Kinta dapat mempertimbangkan untuk memberikan keahlian MIYC Cawangan Tambun supaya boleh bernaung di bawah majlis berkenaan.

 

#PerakKini #MIYCTambun #MBDKinta #belia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *