Operasi Khas Aidiladha sita 12 kenderaan, keluar 502 saman

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Sebanyak 12 buah kenderaan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati melakukan pelbagai jenis kesalahan dalam Operasi Khas Motosikal Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2023 yang diadakan di Meru Raya, malam tadi.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, kenderaan yang disita adalah motosikal (9), kereta (2) dan sebuah van.

Menurutnya, sebanyak 502 notis saman juga dikenakan terdiri daripada kesalahan tidak memiliki lesen memandu, tiada cukai jalan atau tamat tempoh, kesalahan membabitkan nombor pendaftaran, kesalahan ubahsuai kenderaan dan lain-lain kesalahan.

Katanya, dua individu turut ditahan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kerana didapati positif dadah.

“Kempen dan Operasi Khas HRAA ini diadakan berikutan kepada peningkatan pergerakan kenderaan yang tinggi sehingga mengakibatkan aliran trafik menjadi berat dan perlahan ekoran perjalanan pulang warga kota ke kampung halaman masing-masing.

“Sehubungan itu, JPJ akan mengadakan operasi tersebut selama empat hari bermula 27 hingga 28 Jun dan 1 hingga 2 Julai.

“Operasi ini bertujuan untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan-peraturan atau undang-undang yang ditetapkan,” katanya pada sidang media malam tadi.

Operasi yang dijalankan ini membabitkan kekuatan 88 anggota JPJ Perak termasuk AADK, dan Jabatan Imigresen.

#PerakKini #JPJ #OpsHRAA2023 #MeruRaya #RBZ

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *